Info Terkini :

Dimaklumkan bahawa mulai Januari 2009, laman web Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak berpindah alamat seperti berikut :

http://btpnperak.moe.edu.my

Harap Maklum.

 

 

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?


Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi > maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

 
 
Aktiviti di BTP Negeri Perak


6 - 7 Oktober 2008 :: Mesyuarat Penyelarasan Tempatan UPSR Bahasa Inggeris :: Bilik Juara Bestari.

6 - 7 Oktober 2008 :: Mesyuarat Penyelarasan Tempatan UPSR Bahasa Cina :: Bilik Juara Bestari.

8 Oktober 2008 :: Mesyuarat Guru Sumber Kemahiran Hidup Bersepadu : Bilik Juara Bestari : Anjuran JPN Perak.

8 - 10 Oktober 2008 :: Mesyuarat Penyelarasan 88 Sekolah Bestari untuk SPSW : Bilik Waja Bestari : Anjuran BTP, KL.

9 Oktober 2008 : Mesyuarat Perdagangan, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas : Bilik Juara Bestari : Anjuran JPN Perak.

9 Oktober 2008 :: Mesyuarat Jawatankuasa Anugerah NILAM :: Bilik Perdana Bestari :: Anjuran BTPN Perak.

10 Oktober 2008 :: Mesyuarat Pengurusan BTPN Perak Bil. 9/2008 : Bilik Perdana Bestari :: Anjuran BTPN Perak.

 

 

 

 

 
     
 
_Pautan
 
 
 

MAKLUMAN

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2008 :
CALON SEKOLAH MEWAKILI NEGERI PERAK :

SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR :
SK METHODIST, PARIT BUNTAR.

SEKOLAH RENDAH BANDAR :
SK KG. JAMBU, TAIPING

SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR :
SMK TROLAK, SUNGKAI

SEKOLAH MENENGAH BANDAR :
SMK PANTAI REMIS, PANTAI REMIS.

 

 

 
 
__Dasar Privasi & Keselamatan
 
  _©2007 - 2008 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak. Tel: 05 - 292 4933 Faks:05- 292 4115